Isnin, 1 September 2014

Geografi tingkatan 2

Nota Geografi Tingkatan 2

Bab 1:Kedudukan

a) Kedudukan ialah letaknya sesuatu objek atau tempat.
b)Kedudukan sesuatu tempat ditentukan dengan menggunakan:
  • kompas magnetik
  • koordinat
  • kedudukan relatif
  • latitud dan longtitud
  • bearing
2.Latitud

a)Latitud ialah garisan yang selari dari arah barat ke timur atas glob dan pada peta atlas.
b)Unit ukuran latitud [darjah(0)].Nilai setiap latitud ditentukan melalui ukuran sudut pada pusat bumi.
c)Nilai latitud hemisfera utara(0*-90*u)dan hemisfera selatan (0*-90*s).d)Garisan Khatulistiwa (nilai 0*)adalah latitud yang terpanjang .Membahagikan bumi kepada hemisfera utara dan hemisfera selatan.
e)Latitud-latitud utama :
Garisan Sartan (231/2*u),Garisan Artik (661/2*u),Garisan Jadi(231/2*s),Garisan Antartik (661/2*s)





3.Longtitud 

a)Longitud ialah garisan yang dilukis dari arah utara ke selatan di atas glob dan peta atlas.Longitud utama:Garisan Meridian Pangkal(GMP)dan Garisan Tarikh Antarabangsa(GTA)
c)Unit ukuran longitud [Darjah (0)].
d)Garisan Meridian Pangkal(Nilai Longitud 0*).
e)Longitud ke timur Garisan Meridian Pangkal(Nilai dari 0*-180*T)dan longitud ke barat Garisan Meridian Pangkal (Nilai 0*-180*B).
f)Longitud 180*Tdan 1890*B (garisan sama yang bertindih )dikenali sebagai Garisan Tarikh Antarabangsa (GTA).







4.Menyatakan Kedudukan

a)Kedudukan sesuatu tempat pada glob dan peta .(Titik persilangan antara latitud dengan longitud).
b)Nilai latitud perlu disebut terlebih dahulu diikuti oleh nilai longitud.
c)Untuk menentukan kedudukan yang lebih tepat pada peta atlas ,setiap satu darjah(0)dibahagikan kpd 60 minit (').





Nama Tempat
Garis Latitud
Garis Longitud
Kudat
6° 54’U 
116° 51’T 
Tuaran
6° 10’U
116° 14’T
Kota Belud
6° 22’U
116° 26’T
Ranau
5° 58’U
116° 43’T
Kota Kinabalu
5° 40’U
116°T
Beufort
5° 20’U
115° 46’T
Tenom
5° 2’U
115° 57’T
Tawau
4° 16’U
117° 53’T
Semporna
4° 29’U
118° 36’T
Lahad Datu
5° 6’U
118° 20’T
Sandakan
5° 45’U
118°T




5.Mengenal Zon Waktu dan Waktu Piawai

a)Bumi berputar di atas paksinya dari barat ke timur menyebabkan kejadian siang dan malam.
b)Bahagian timur bumi akan menerima cahaya terlebih dahulu berbanding dengan bahagian barat.
c)Waktu di sebelah timur adalah sentiasa lebih cepat dari waktu di sebelah barat.
d)Longitud digunakan untuk mengira waktu tempatan dan setiap longitud mempunyai waktu tempatan yang tersendiri.

e)Semua tempat di atas longitud yang sama akan mempunyai waktu yang sama.Ini dikenali sebagai waktu piawai.
f)Bumi terbahagi kpd 24 zon waktu.Perbezaan waktu di antara satu zon dengan zon waktu terdekat ialah satu jam yang seluas 15* longitud .
g)Dari satu longitud ke longitud terdekat (1*),perbezaan waktu tempatan ialah 4 minit .ini disebabkan bumi kita mengambil masa 24 jam untuk membuat setiap putaran lenkap(360*).Maka kita akan mengambil masa satu jam untuk berputar sebanyak 15*atau 4 minit untuk berputar sebanyak 1*.
h)Negara-negara seperti Amerika Syarikat ,Rusia,Afrika,dan Chinamempunyai beberapa zon waktu piawai.
i)Garisan Tarikh Antarabangsa menunjukkan perubahan tarikh di antara zon waktu timur dan zon waktu barat.



Formula
Satu putaran bumi (360°) mengambil masa 24 jam. 
Oleh itu dalam masa 1 jam bumi berputar melalui 360/24 = 15° garis longitud.
Dalam 1° garis longitud pula bumi mengambil masa 60/15 = 4 minit.


Waktu di Bombay ( 73°T )
Langkah-langkah 
Cari perbezaan garis longitud       73°- 0° = 73°
Cari perbezaan masa                   73 ÷15 = 4 jam 52 minit
Oleh sebab itu, waktu tempatan di Bombay
                                                   = 1.00 pagi + 4 jam 52 minit
                                                   = 5.52 pagi 

Waktu di Buenos Aires ( 58°B )  Langkah-langkah 
Cari perbezaan garis longitud           58° - 0° = 58°
Cari perbezaan masa                       58 ÷ 15 = 3 jam 52 minit
Oleh sebab itu waktu tempatan di Buenos Aires
                                                     = 1.00 pagi – 3 jam 52 minit
                                                     = 9.08 minit malam


Waktu Piawai
-Waktu piawai ditentukan untuk mengelakkan terdapatnya waktu yang berlainan di sesuatu kawasan yang kecil.  Biasanya setiap negara mempunyai satu sistem waktu piawai. Di Malaysia waktu piawai yang digunakan di seluruh negara adalah mengikut kedudukan garis bujur yang melalui Kuala Lumpur. Seluruh dunia dibahagikan kepada 24 zon waktu piawai dengan setiap zon waktu meliputi 15° garis longitud.

-Garisan Tarikh Antarabangsa  GTA) ialah garis bujur 180° B/ 180°T.Garisan ini menjadi pemisah tarikh antara zon waktu barat dan zon waktu timur.
Hari baru bagi seluruh dunia bermula apabila garis bujur 180° mengalami keadaan tengah malam.Bagi mengelakkan kedudukan Kepulauan Fiji, Tonga, Aleutian dan New Zealand, GTA dilukis secara bengkang-bengkok.

-Terdapat selisih waktu selama 24 jam di sebelah menyebelah GTA.
Apabila seseorang melintasi GTA dari kawasan di benua Australia ke kawasan di benua Amerika Selatan, dia akan ‘untung’ sehari. Sebaliknya, apabila seseorang melintasi GTA dari kawasan di benua Amerika Selatan ke kawasan di benua Australia, dia akan ‘rugi’ sehari.



BAB 2:ARAH



Pengenalan 

Bearing ialah cara yang lebih tepat untuk menyatakan arah. Ia diukur dengan kiraan darjah (°). Terdapat dua cara untuk membaca, mengukur dan menyatakan bearing iaitu:

Bearing Bulatan Penuh / Bearing, Azimut / Bearing, Tentera / Bearing Bearing bulatan penuh adalah arah yang dinyatakan mengikut pusingan jam. Bacaan dan kiraan dimulakan dari 0° hingga 360°.


Kompas magnetik digunakan untuk mencari bearing sesuatu tempat semasa menjalankan kerja luar. Jangka sudut pula digunakan untuk mengukur bearing dalam peta. Semua ukuran sudut ikut arah pusingan jam  bermula 0° hingga 360° .
Cara mengukur bearing azimut dapat ditunjukkan melalui rajah di bawah.









Contoh pengiraan bearing sudutan :




Cari bearing puncak berketinggian 175 dari puncak berketinggian 254



BAB 3: SKALA DAN JARAK


Pengenalan 

-Skala ialah nisbah antara jarak yang dilukis dalam peta dengan jarak sebenar di atas permukaan bumi.
-Skala membolehkan saiz kawasan tertentu dikecilkan supaya dapat dilukis pada peta. (Lihat rajah di sebelah)
-Terdapat tiga jenis skala yang biasa digunakan dalam peta, iaitu skala lurus, skala penyata, dan pecahan wakilan.

Mengukur Jarak Di Antara Dua Tempat Pada Peta Dengan Menggunakan Skala Lurus 

Skala lurus ialah skala yang dilukis dalam beberapa unit yang sama jaraknya dalam satu garisan lurus. Unit-unit di sebelah kiri skala lurus penuh dibahagikan kepada pecahan lebih kecil supaya jarak dapat diukur dengan lebih tepat.

Contoh Skala Lurus




Cara Mengukur Jarak Lurus
Jarak lurus boleh diukur dengan menggunakan jangka tolok, pembaris dan jalur kertas.
Cara Mengukur Jarak Lurus Dengan Menggunakan Jangka Tolok.


Cara Pertama : Jangka Tolok


Cara kedua : Guna Jalur kertas


Cara Mengukur Jarak Melengkung

Jarak melengkung boleh diukur dengan menggunakan tepi kertas atau sejalur benang.

Cara Mengukur Jarak Melengkung Dengan Menggunakan Jalur Kertas


Cara Mengukur Jarak Melengkung Dengan Menggunakan Benang.



Menukar Jarak Pada Peta Kepada Jarak Sebenar



-Jarak di antara dua tempat di atas peta dapat diukur dengan menggunakan pembaris. Unit pembaris yang biasanya digunakan ialah sentimeter (cm). Untuk menukarkan jarak di atas peta kepada jarak sebenar, skala lurus digunakan.

Langkah-langkah :
1. Gunakan sebatang pembaris dan padankan nombor 0 pada rumah Devi.
2. Kemudian membaca nombor pada sekolah.
3. Jarak di atas peta darirumah Devi ke sekolah ialah 4.5 cm.
4. Untuk menukar jarak peta4.5 cm kepada jarak sebenar, letakkan pembaris pada skala lurus di bawah peta. Berdasarkan skala lurus itu, jarak sebenar di antara rumah Devi dengan sekolah ialah 4.5 km.
5. Kalau skala lurus seperti di bawah digunakan di atas peta, jarak di atas peta masih sama 4.5 cm, tetapi jarak sebenar sudah berubah.






Jarak sebenar di antara rumah Devi dengan sekolah menjadi 9 km.
Jarak sebenar di atas bumi ditentukan oleh skala lurus yang digunakan oleh sebuah peta.



BAB 4: GRAF



Graf ialah bentuk grafik yang menunjukkan pertalian di antara satu variabel (pemboleh ubah) dengan variabel yang lain. Graf mempersembahkan maklumat dan data secara menarik, jelas dan tepat. Terdapat pelbagai jenis graf, contohnya graf bar mudah, graf garisan mudah, graf bar berganda, graf garisan berganda, graf gabungan dan graf majmuk
Dalam bab ini, anda akan mempelajari graf bar berganda dan graf garisan berganda. Graf bar berganda terdiri daripada beberapa pasangan atau kumpulan bar yang mengandungi maklumat berlainan. Contoh seperti Graf 1 di sebelah.


Rajah 1 : Graf Bar Berganda
Graf garisan berganda terdiri daripada dua atau lebih garisan. Garisan-garisan ini menyambung kan titik-titik yang ditandakan dalam graf. Titik-titik ini mempunyai nilai yang berlainan. Contohnya  graf garisan berganda yang menunjukkan Min suhu bulanan Tokyo dan Kuala Lumpur (rujuk Graf 2 di bawah).

Rajah 2 : Graf Garisan Berganda
Untuk menghasilkan graf, anda boleh mengikut langkah-langkah berikut:
  • Mengumpul maklumat dan data.
  • Merekod maklumat dan data dengan teratur.
  • Membina jadual.
  • Melukis graf.

Graf Bar Berganda


Ciri-ciri graf bar berganda ialah:
  • Terdiri daripada sekurang-kurangnya 2 bar. 
  • Tiap-tiap bar mewakili satu set data yang tertentu. 
  • Memudahkan perbandingan. 
  • Petunjuk yang jelas diperlukan. 
Kaedah melukis graf bar berganda.
  • Lukis paksi menegak dan paksi melintang. Paksi melintang biasanya mewakili nilai tetap seperti tahun dan paksi menegak adalah nilai berubah.
  • Pilih skala yang sesuai dan tandakan di kedua-dua paksi.
  • Pilih saiz bar yang sesuai. Semua bar mesti bermula pada nilai 0 di paksi melintang.
  • Lukis bar yang terpanjang dahulu diikuti dengan lain-lain bar. Bar-bar tersebut mesti dilukis dengan rapat tanpa diselang.
  • Warna atau lorekkan bar-bar yang telah dilukis.
  • Sediakan petunjuk.
 Tajuk : Jumlah Pelajar Sekolah SMK Dato' Seri Wan Mohamed, 2002 – 200
Tahun
 Lelaki
Perempuan 
Jumlah
2002
623 
434
1057
2003
569
456
456
2004
573
479
1052
2005
492
560
1052
2006
440
650
1090
Jumlah Pelajar Sekolah SMK Dato' Seri Wan Mohamed, 2002 – 2006
Tafsiran
  • Pada tahun 2002, jumlah pelajar di SekolahSMK Dato' Seri Wan Mohamed  ialah seramai 1057 orang. 
  • Pada tahun 2003, jumlah pelajarnya berkurangan sebanyak 32 orang menjadikan bilangannya seramai 1025 orang. 
  • Pada tahun 2004, pelajar bertambah sebanyak 27 orang menjadikan bilangannya seramai 1052 orang. 
  • Bilangan seramai 1052 orang berkekalan sehingga ke tahun 2005. 
  • Berbanding dengan pelajar lelaki, didapati pelajar perempuan bertambah dari setahun ke setahun. Pertambahan yang paling banyak sekali ialah antara tahun 2004 – 2005 iaitu sebanyak 81 orang.  
  • Pengurangan yang paling besar bagi pelajar lelaki ialah antara tahun 2004 – 2005 iaitu sebanyak 81 orang

Graf Garisan Berganda


Ciri-ciri utama graf garisan berganda ialah:
  • Terdiri daripada dua atau lebih garis.
  • Setiap garis mewakili satu set data yang tertentu.
  • Berguna untuk membuat perbandingan antara dua atau lebih set data.
Langkah-langkah melukis graf garisan berganda.
  • Lukis paksi menegak dan paksi melintang.
  • Tentukan nilai di paksi menegak dan paksi melintang. Nilai tetap selalunya ditulis di paksi melintang dan nilai berubah di paksi menegak.
  • Pilih skala yang sesuai bagi mewakili keluaran hasil pertanian di paksi menegak. Di paksi melintang tahun ditulis pada jarak yang bersesuaian.
  • Tandakan pangkah-pangkah kecil di atas kertas graf. Mulakan dengan padi kerana padi merupakan nilai yang terbesar.
  • Sambungkan tanda-tanda pangkah tersebut dengan satu garisan.
  • Ulangi langkah-langkah di atas bagi melukis garisan yang mewakili jagung dan kelapa.
  • Warnakan atau lorekkan garis-garis tersebut dengan warna atau lorekan yang berbeza.
Contoh : Jadual dan graf garisan berganda.

Jadual menunjukkan eksport getah Malaysia ke
negara-negara terpilih 1990 - 1994
Negara
1990
1991
1992
1993
1994
China
150
120
250
330
350
India
130
80
150
270
250
Jepun
190
220
300
370
450


Tafsiran
  • Jepun merupakan pasaran eksport terbesar dan diikuti oleh China dan India.
  • Nilai eksport tertinggi pada tahun 1994 iaitu Jepun.
  • Nilai eksport terendah ialah India (1990).
  • Nilai eksport semakin meningkat.
  • Nilai eksport merosot pada tahun 1991 seperti di China dan India.

BAB 5: RAJAH


1.Peta ialah sebuah lukisan yang menggambarkan keadaan sebenar
di pemukaan bumi yang dilihat dari utara.
2.Peta dibahagikan kepada beberapa jenis.Antaranya ialah:
    (a) Atlas (b) Peta Lakar
    (c) Peta Potografi (d) Pelan
3.Peta lakar menunjukkan objek-objek yang disebut ciri geografi.
4.Ciri geografi dibahagikan kepada dua,iaitu:
    (a) Ciri Fizikal (b) Ciri Budaya
5.Ciri Fizikal ialah ciri semula jadi:
    (a) Sungai (b) Konutr 
    (c) Tasik (d) Rumput 
    (e) Hutan (f) Paya Air Masin
6. Ciri budaya ialah objek-objek buatan manusia.
Contohnya:
(a) Getah (b) Kelapa sawit (c) Kelapa (d) Petempatan (e) Jalan kereta api (f) Masjid
7. Singkatan digunakan untuk menunjukkan lokasi sesuatu ciri, bentuk muka bumi, dan kemudahahn awam lain yang terdapat dalam
peta.
Contohnya:
Sek. = Sekolah
T.A. = Tali air
W.P. = Wakil Pos
Pdg. = Padang
B.P. = Balai Polis
Kg. = Kampung
P.D. = Pejabat Daerah
Pt. = Parit
Bt. = Bukit
Bt. = Bukit
Kb. = Perkuburan
K. = Kuala
Ldg. = LadanG
P.P. = Pejabat Pos
Tg. = Tanjung
R.R. = Rumah Rehat
W.P. = Wakil Pos
8. Warna digunakan juga untuk menunjukkan ciri geografi di dalam peta dengan lebih tepat.
Tanah rendah = Hijau
Tanah tinggi = Oren/ Coklat
Kawasan perairan = Biru
Tumbuh-tumbuhan = Hijau
Kawasan bandar = Merah jambu dan kelabu
9. Langkah-langkah melukis peta lakar adalah seperti berikut:
(a) Lukis lakaran kawasan yang hendak dikaji.
(b) Pilih simbol, singkatan, dan warna yang sesuai untuk menunjukkan ciri-ciri fizikal dan budaya yang terdapat di kawasan tersebut.
(c) Lukiskan peta berdasarkan simbol-simbol yang dipilih.
(d) Lengkapkan peta dengan petunjuk, arah mata angin, skala, dan tajuk yang sesuai.
10. Perkara-perkara yang perlu diperhatikan semasa mentafsirkan peta ialah:
(a) Perhatikan tajuk peta.
(b) Lihat petunjuk dan fahami maksud simbol-simbol dan singkatan yang digunakan dalam peta.
(c) Perhatikan petunjuk arah mata angin untuk menentukan arah.
(d) Lihat pada skala untuk mengetahui jarak kawasan sebenar.
(e) Kenal pasti ciri-ciri fizikal dan budaya yang terdapat pada peta.
(f) Buat tafsiran dengan mengaitkan antara ciri-ciri fizikal dan budaya.


BAB 6: PETA

1.Umum
- Peta merupakan gambaran atau pelan yang menunjukkan kedudukan ciri-ciri fizikal 
dan ciri-ciri budaya yang terdapat di dalam peta yang menggambarkan sesuatu 
kawasan yang hendak dipetakan. 
- Secara umum terdapat 4 jenis peta iaitu:-
1. Pelan ( Lakaran yang menggambarkan keadaan sesuatu kawasan tetapi maklumat 
masih kurang) .
2. Peta Atlas (Peta yang menunjukkan secara umum tentang sesuatu topik seperti 
jenis tanaman, politik dan sebagainya).
3. Peta glob ( Juga dimasukkan sebagai peta atlas) 
4. Peta Topografi ( Gambaran yang lebih tepat dan teliti. Memperlihatkan secara 
terperinci mengenai keadaan sesuatu tempat daripada aspek ciri-ciri fizikal dan 
ciri-ciri budaya/ciri-ciri kemanusiaan). 
- Dalam perkembangan geografi semasa penggunaan peta bergambar semakin popular 
untuk memberikan maklumat yang ringkas dan mudah kepada pengguna terutama 
sekali dalam bidang pelancongan. 
- Peta bergambar biasanya memaparkan maklumat mengenai:-
1. Tempat bersejarah.
2. Pusat rekreasi.
3. Pusat membeli belah.
4. Kawasan penginapan.
5. Kemudahan pengangkutan.
- Usaha memetakan permukaan bumi telah dimulakan oleh Anaximander dari bandar 
Miletus (Yunani) dengan menggunakan skala di dalam peta, beliau telah meletakkan 

negara Yunani di tengah – tengah negara Eropah.




2.PetaBergambar.

- Peta bergambar digunakan di dalam peta pelancongan.
- Peta bergambar biasanya menggunakan angka, nombor atau simbol bergambar
untuk mewakili ciri-ciri tertentu di dalam peta pelancongan.
- Ciri-ciri sebuah peta bergambar ialah:
• Tajuk.
• Petunjuk peta
• Arah mata angin
2.1 Mentafsir Peta Bergambar.
- Peta bergambar boleh ditafsir atau dibaca berdasarkan pada:
Tajuk peta penting kerana ia memberi maklumat kepada pembaca peta 
mengenai kawasan peta itu diambil.
Petunjuk peta sangat penting untuk memudahkan kita melihat secara tepat 
keadaan sesuatu kawasan yang digambarkan berdasarkan kepada petunjuk 
yang diberikan. Daripada petunjuk kita dapat menentukan ciri-ciri fizikal serta 
ciri-ciri budaya di sesuatu kawasan. 
• Arah mata angin sangat perlu untuk memudahkan kita menentukan arah 
sesuatu tempat di atas peta. 
- Ciri-ciri fizikal – Semua unsur yang terjadi secara semula jadi seperti gunung, 
sungai, tumbuhan semula jadi dan lain-lain.
- Ciri-ciri budaya – semua unsur yang terjadi akibat daripada kegiatan manusia atau 
ciri-ciri buatan manusia seperti sistem pengangkutan, jalan raya, padang, 
bangunan dan lain-lain.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan