Isnin, 1 September 2014

T3  KEMAHIRAN GEOGRAFI
BAB 1: KEDUDUKAN 

Rujukan Grid

  • Garisan grid digunakan bagi menunujukkan kedudukan sesuatu tempat di atas peta topografi. Garisan grid yang dilukis melintang dinamakan garisan utaraan dan garisan grid yang dilukis secara menegak dinamakan garisan timuran.
  • Kedudukan sesuatu tempat di atas peta topografi dapat ditentukan dengan menggunakan rujukan grid. Rujukan grid merupakan titik persilangan antara garisan timuran dan utaraan.
  • Terdapat dua jenis rujukan grid :
·           Rujukan grid 4 Angka – digunakan bagi menunjukkan objek di dalam sesuatu persegi grid.


·           Rujukan grid 6 angka – Digunakan bagi menunjukkan kedudukan sesuatu ciri geografi                                              dengan lebih tepat.

Rajah  1

Rujukan umum mengenai objek di dalam persegi grid A boleh dibuat melalui RG 1222.  Sementara kedudukan B secara tepat dibuat dengan membahagikan jarak antara garisan grid timuran 14 dan 15 serta utaraan 22 dan 23 kepada 10 bahagian sekata. Kedudukan B dinyatakan secara tepat dalam bentuk rujukan grid 6 angka ialah RG145235.

KETINGGIAN

 Ketinggian sesuatu tempat dapat dinyatakan dengan menggunakan pelbagai kaedah seperti warna, simbol dan garisan. 

Warna
  • Kaedah ini digunakan pada peta atlas.
  • Warna berbeza digunakan bagi menunjukkan perbezaan ketinggian
  • Ton warna juga digunakan bagi menunjukkan ketinggian. Ton yang gelap mewakili kawasan tanah tinggi dan semakin cerah bagi kawasan rendah
  • Fungsi warna :
             Biru – kawasan berair seperti sungai, laut dan tasik
             Hijau – tanah pamah
             Coklat – tanah tinggi

      
                                                             Peta 1

Simbol
  • Antara jenis simbol yang digunakan ialah:
Tanda Tinggi
Menunjukkan poin dan lokasi ketinggian sesuatu tempat.


Tanda aras
Menunjukkan pion dan lokasi ketinggian sesuatu tempat dengan lebih tepat.
Cth:ketinggian jalan keretapi dan jalan raya


Stesyen Trigonometri
Menunjukkan ketinggian sesuatu tempat, biasanya puncak gunung atau bukit.



                                                                    Rajah 2




KONTUR

  • Kontur adalah kaedah yang lebih tepat bagi menentukan ketinggian dan  menggambarkan bentuk bumi sesuatu kawasan dalam peta topo.
  • Garisan kontur pada peta topografi merupakan garisan yang menyambungkan titik-titik yang sama tinggi dari aras laut.
  • Perbezaan nilai antara dua garisan kontur dinamakan Selang kontur. 
  • Setiap garisan kontur yang kelima ditebalkan dan dikenali sebagai indeks kontur.
  •  Garisan kontur  digunakan bagi menunjukkan bentuk muka bumi sesuatu kawasan dengan menggunakan teknik keratan rentas.
  • Jenis-jenis cerun seperti cerun curam, landai dan bertangga dapat dilihat dengan jelas melalui keratan rentas.

                                                                              Peta 2
 Keratan Rentas





Langkah melukis

                                                                                         Rajah 4
contoh keratan rentas
                                                                                             




BAB 2 : ARAH

0
  • Arah merujuk kepada kedudukan sesuatu tempat dari tempat lain.
  • Kita dapat menentukan arah berpandukan kedudukan matahari dan memerhatikan bintang di langit.
» Kompas dapat memberikan arah mata angin dengan tepat.
» Pada permukaan kompas ditunjukkan arah mata angin utama iaitu utara (U), timur (T), selatan (S), dan barat (B).
» Antara arah mata angin utama, terdapat arah mata angin perantaraan iaitu Timur Laut, Tenggara, Barat Daya dan Barat Laut.
» Jarum kompas sentiasa menunjuk ke arah Utara kerana tarikan medan magnet bumi.
» Kompas mesti dijauhkan daripada bahan bermagnet bagi mengelakkan jarum kompas terpesong.
Kedudukan Arah Mata Angin

BAB 3 : SKALA DAN JARAK

0
Skala ialah nisbah antara jarak yang dilukis pada peta dengan jarak sebenar di permukaan bumi.

Skala yang biasa digunakan ialah skala lurus atau skala linear.

Selain itu terdapat juga skala penyata.

JARAK
Jarak ialah ukuran jauh antara sesuatu tempat dengan tempat lain.
Jarak dinyatakan dengan cara jarak mutlak (kilometer dan meter), dan jarak relatif (masa dan kos).


MENGUKUR JARAK ATAS PETA
Jarak lurus dapat diukur dengan menggunakan pembaris, jangka tolok atau jalur kertas.
Jarak melengkung pula dapat diukur menggunakan benang, tali dan jalur kertas.
Kemudian jarak ini ditukarkan kepada jarak di permukaan bumi berpandukan skala peta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan